May
8
Nasihat Indah Buat Isteri Tercinta.
Sakinah Mawaddah Warahmah
Impian sebuah keluarga islam dgn niat mendapat berkat dan rahmat dari Allah swt. Membawa maksud keluarga yang penuh dengan ketenteraman jiwa, kasih sayang dan cinta. Untuk merealisasikan impian tersebut memerlukan kerjasama pasangan suami dan isteri, yg soleh dan solehah.
Ingin saya berkongsi satu nasihat yang diberikan oleh seorang ibu (Umamah binti Al-Harits) kepada puterinya menjelang hari pernikahan.
” Wahai putriku… Engkau akan berpisah dengan rumah yang pernah menyatukanmu dan meninggalkan tempat yang belum pernah membesarkanmu, menuju tempat yang belum engkau kenali dan pendampingmu yang belum pernah dekat denganmu. Dengan kekuasannya, dia akan menjadi pengawas atas dirimu dan orang yang menguasaimu. Maka, jadilah dirimu sebagai hambanya, niscaya dia akan menjadi hamba yang patuh bagimu. Jagalah sepuluh perkara niscaya akan menjadi azimat bagimu, yaitu ” :
Pertama dan kedua adalah tunduk kepadanya dengan penuh kerelaan, mendengar, dan taat kepadanya dengan cara yg baik.
Ketiga dan keempat adalah memperhatikan sasaran mata dan hidungnya. Jangan sampai matanya melihat sesuatu yang buruk pada dirimu dan jangan sampai dia mencium bau tidak sedap dari dirimu.
Kelima dan keenam adalah memperhatikan waktu tidur dan makannya karena rasa lapar yg dirasainya itu bisa membara dan serangan mengantuk bisa membakar amarah.
Ketujuh dan kedelapan adalah menjaga hartanya, memperhatikan keluarga dan saudara-saudaranya. Kemampuan dalam menjaga harta adalah mengukurnya dengan cara yang baik dan kemampuan menjaga saudara adalah mengurus dengan cara yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh adalah janganlah membangkang perintahnya berarti engkau telah membakar dadanya dan jika engkau membocorkan rahasianya maka engkau tidak akan aman dari pengkhianatannya. Kemudian janganlah engkau memperlihatkan kegembiraan di hadapannya jika dia sedang bersedih dan janganlah memperlihatkan kemuraman jika dia sedang gembira
Bahan Rujukan: Kado Terindah untuk Istri Tercinta (Abdul Rachman Husein)
ISBN: 978-979-27-5261-8
Nasihat yang diberikan membawa makna yang mendalam bagi seseorang isteri. Peranan yang akan dipikul mampu membawa sakinah dalam erti hidup berkeluarga. Kehangatan layanan yg diberi mampu mewujudkan mawaddah dari suami dan dirahmati oleh-Nya. Keluarga yang sakinah adalah juga datangnya dari isteri yang solehah.
Berikut adalah wasiat seorang ibu kepada anaknya perempuan, dipetik dari sebuah buku hijau saya:
“ Wahai anakku! …Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, Tetapi! …Ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal. “
“ Andai ibu-bapamu dapat memberikan segala-galanya nescaya, tidak perlu bagimu seorang suami dan kau terlalu berharga bagi kami, Tetapi! …Wanita dicipta untuk lelaki, Lelaki dicipta untuk wanita. “
“ Bercerailah kau dari ayunan buaianmu meninggalkan teratak tempat besarmu, melangkah menuju ke alam baru. Yang belum kau kenal, yang belum kau biasa. “
“ Kau milik suamimu, anggap dirimu sebagai hamba. Tentunya suamimu jadi teman yg paling setia. “
“ Bawalah wasiat dariku sepuluh sifat sebagai bekalan perjalanan menuju alam bahagia. “
“ Relakan hatimu sekadar yang ada. Semoga suci hatimu dengan taat setia dan hulur tanganmu tanda mahu berganding bahu. Jauhkan dirimu dari segala yang jelek yang dihidu atau dipandang mata, juga awasi gerak-lakumu agar tidak sumbang menguris rasa. Sembunyikan suram wajahmu gantikan ia dengan sinar secerah suria pagi. Dan badan yang semerbak harum bermandikan bauan. mata berpasak, kening bercelak. Itu menambah seri. Itu membangkitkan berahi . Dan …………….. air cukup memada bagi yang tiada. “
“ Jaga masa makannya, juga waktu tidurnya. Kerana, perut kosong hilang bicara, mata mengantuk hilang kesabaran di dada. “
“ Kunci mulutmu, tabahkan hatimu. Badanmu terselamat, jiwa temanmu tidak terseksa. “
“ Simpan dulu kerianganmu di kala dia berduka. Pendamkan kesedihanmu di kala dia bergembira. Akibat aksi tidak senada, hilang simpatimu disebab pertama, keruh suasana di sebab kedua. “
“ Hulur tanganmu… Andai kau menghulur sebelah tangan. Nescaya dia menghulur kedua belah tangan. Tidak cukup tangan, nyiru pula ditadahkan. “
“ Ketahuilah! …Kasihmu tidak sampai ke mana, Jika hatimu berdua tidak sejiwa. Kasih kau, Kasihlah dia. Benci kau, Bencilah dia. Allah saja yang menentukan nasibmu. “
Bahan Rujukan: Suami Isteri Yang Sholeh (Abd. Wahab Saleh)
ISBN:983-61-0008-3
Bukan saya untuk menilai, sekadar pembuka cara buat pedoman hidup bagi yang bergelar isteri dan pengajaran buat para suami akan ciri-ciri isteri yang solehah. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke syurga. Semoga kita mengarah kemakmuran dan bukan sebaliknya.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir ” [al-Room 30: 21]